Thursday

29:2

untuk hilang orang yang kau sayang dalam hidup - pathetic. aku belum mampu nak bersedia dan redha walaupun benda tu inevitable, sebab tuhan dah tentukan. walau berbakul nasihat kau bagi, tapi cuma kerana aku belum bersedia, nasihat belum mampu ubah rasa aku yang satu tadi. tapi untuk nafikan penghargaan untuk nasihat yang datang, itu tidak, none. aku masih tahu erti menghargai dan terima kasih walau cuma dengan kata sabar. sebab aku juga akan buat perkara yang sama bila aku dikasut orang - dan kita hanya mampu ucap sabar dan bertenang selagi hal yang sama tak jadi pada kasut kita. 

tapi bilamana tuhan kata jadi, maka jadilah. lalu apa mahu dinilai dengan sedianya aku atau tidak. yang pergi tetap pergi. aku jua nanti bila-bila. sebab kita ini punya Dia. kau juga punya Dia. dan kerana kita semua ini pinjaman, maka satu hari bila tuhan kata mahu ambil apa yang dipinjamkan - bagi balik dengan rela. moga kematian kita nanti bersulam iman.

lalu bila dewasa meniti, selain rasa menggelabah tidak menentu halanya, aku belajar bertenang, duduk diam dan fikirkan. sebab, untuk tiap-tiap hal yang jadi, bila kau belajar cari ibrah dibalik tiap-tiap itu, selain daripada rasa celaka tak sudah dengan musibat, berhenti salahkan takdir dan lihat cermin dan tanya diri kau apa lagi nikmat yang tuhan tak pernah tak beri pada kau, kau akan nampak. cantik rencana tuhan.