Tuesday

Sendiri

aku sendiri lagi
ketika sedang memenuhi keperluan yang mustahil
kau lunasi
ketika langit sedang marah dengan guntur dasyat
meyuruh aku untuk tidak pulang
terasing di kaki lima grand u bersama lelaki penjaga
barang
dan perempuan pencinta musik yang tak mahu
membalas senyum

langit semakin rancak mengalun nada garang
dan menangis semahunya
seperti aku yang diamuk rasa celaka kerna tak bisa pulang
dan berteriak dalam jiwa di kaki lima

bersama guntur dan hujan yang seperti tak mahu aku pulang
adalah aku yang sendiri menerajang
pada waktu yang panjang
kerana tempias hujan dan hanyir longkang
memaksa aku mendongak ke langit menerawang

burung-burungpun terbang dalam lebat hujan
dan hilang perlahan
menyedarkan aku tentang sendiri
adalah nikmat yang selalu sahaja tersiakan
meskipun ia adalah sepi yang selalu datang
kerana jiwa yang tak dipeduli
adalah ia yang mendorong diri buat bersabar sentiasa

langit masih syahdu menangis
seperti sebelum rangkap akhir kutulis
enam lapan dua satu dipacu
bersama syahdu menggebu.

051114
1530pm
Kaki lima Grand Union, Tanjong Malim


Sunday

525

rumah ini telah kosong dan senyap
yang kedengaran cuma suara air turun 
deru dari kipas yang berputaran
berselang-selikan serak angus dan julia stone

jendela pun terbuka
mengizin angin dingin titiwangsa menyapa tubuh
yang ku selimuti nipisnya cadar mama

yang ku lihat hanyalah langit gelap 
seakan mahu berteriakan
nanti dulu kataku,
aku masih terkurung di rumah ini 
sedang berkira mahu kemana

petang dan kipas masih berputar
dinding kosong dengan sopak tampalan
dan teh o panas yang langsung tak menghangatkan

aku masih di pembaringan
menanti bias mentari yang serupa tadinya
menyuruh aku untuk bangkit 
namun ku lelaplah

Tuesday

kemaruk

zaman-zaman aku kemaruk nak tulis puisi dulu sampai tahap google ayat-ayat bombastik bahasa melayu dengan harapan puisi aku nanti boleh sama level puisi fynn jamal, petak daud, aisyah rais dan lain-lain *tumbuk dinding. sekarang i swear i menyesal. *makan satay 10 cucuk.


di langit bilik


di langit bilik
terkurung sepi dalam kotak sendiri
angin pengap berat meruntun jiwa
nostalgia bertaut seperti kiambang
kolam derita dan ria diri
mengalir menjadi arus gelisah

tulisan merintih mementaskan derita
tanah pulau yang bersaudarakan air
bercerucuk sejarah hiba
kurindui daratan tidak beralun
melontar ketawa
berselang cahaya

sungai mengerutkan kening alunnya
tersinar pada cermin keruh air
kukutip gembira pagi
dari langit bilik ini

keras perut mengenang perangai sendiri. sobs. 

Friday

Ankabut, 2


Aku datangi bukit yang sama selepas penat berlari. memerhati langit yang sama. memutarkan lagu yang sama. sendirian.

benarkah kau boleh hidup sendiri? tak berteman? untuk setiap perih berjauhan daripada darah daging sendiri, selain tuhan, kau juga perlu, sekurang-kurangnya seorang teman. buat mendengar setiap hibanya kau.  untuk entah kali yang keberapa, yang dikata pada dirinya supaya tidak terlalu sebegitu mudah menyerah, untuk entah kali yang keberapa itu juga ada titis dari tubir mata yang tumpah. bukan mudah, sendirian.


dan berkali-kali dia menyoal tuhan,  mengapa dia? tidakkah tuhan kasihan? mengapa dia yang dihancurluluhkan?

lalu tuhan menjawab;

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Allah Yusahhil.

Thursday

29:2

untuk hilang orang yang kau sayang dalam hidup - pathetic. aku belum mampu nak bersedia dan redha walaupun benda tu inevitable, sebab tuhan dah tentukan. walau berbakul nasihat kau bagi, tapi cuma kerana aku belum bersedia, nasihat belum mampu ubah rasa aku yang satu tadi. tapi untuk nafikan penghargaan untuk nasihat yang datang, itu tidak, none. aku masih tahu erti menghargai dan terima kasih walau cuma dengan kata sabar. sebab aku juga akan buat perkara yang sama bila aku dikasut orang - dan kita hanya mampu ucap sabar dan bertenang selagi hal yang sama tak jadi pada kasut kita. 

tapi bilamana tuhan kata jadi, maka jadilah. lalu apa mahu dinilai dengan sedianya aku atau tidak. yang pergi tetap pergi. aku jua nanti bila-bila. sebab kita ini punya Dia. kau juga punya Dia. dan kerana kita semua ini pinjaman, maka satu hari bila tuhan kata mahu ambil apa yang dipinjamkan - bagi balik dengan rela. moga kematian kita nanti bersulam iman.

lalu bila dewasa meniti, selain rasa menggelabah tidak menentu halanya, aku belajar bertenang, duduk diam dan fikirkan. sebab, untuk tiap-tiap hal yang jadi, bila kau belajar cari ibrah dibalik tiap-tiap itu, selain daripada rasa celaka tak sudah dengan musibat, berhenti salahkan takdir dan lihat cermin dan tanya diri kau apa lagi nikmat yang tuhan tak pernah tak beri pada kau, kau akan nampak. cantik rencana tuhan.

Saturday

Julai ketiga

tidur yang lena sayang.
jangan kau takut.
Tuhan tak pernah hilang.
lindungkan kau dari ribut.

Thursday

Julai ketiga

terima kasih untuk selalu ADA.