Tuesday

Sendiri

aku sendiri lagi
ketika sedang memenuhi keperluan yang mustahil
kau lunasi
ketika langit sedang marah dengan guntur dasyat
meyuruh aku untuk tidak pulang
terasing di kaki lima grand u bersama lelaki penjaga
barang
dan perempuan pencinta musik yang tak mahu
membalas senyum

langit semakin rancak mengalun nada garang
dan menangis semahunya
seperti aku yang diamuk rasa celaka kerna tak bisa pulang
dan berteriak dalam jiwa di kaki lima

bersama guntur dan hujan yang seperti tak mahu aku pulang
adalah aku yang sendiri menerajang
pada waktu yang panjang
kerana tempias hujan dan hanyir longkang
memaksa aku mendongak ke langit menerawang

burung-burungpun terbang dalam lebat hujan
dan hilang perlahan
menyedarkan aku tentang sendiri
adalah nikmat yang selalu sahaja tersiakan
meskipun ia adalah sepi yang selalu datang
kerana jiwa yang tak dipeduli
adalah ia yang mendorong diri buat bersabar sentiasa

langit masih syahdu menangis
seperti sebelum rangkap akhir kutulis
enam lapan dua satu dipacu
bersama syahdu menggebu.

051114
1530pm
Kaki lima Grand Union, Tanjong Malim